Total Pageviews

Monday, December 8, 2014

BOSAN............



        Aku bukan la mahir dalam berblogger.    Bukan la mahir dalam penulisan.Tapi aku ingin mencuba apa yang diri aku mahukan .. kenapa blog pertama aku tentang bosan? Sebab itu adalah aku.Hidup penuh dengan kebosanan ,hidup dalam dunia sendiri .Menganggap dunia di luar adalah musuh.

          Pada usia remaja ,kami mempunyai minat yang sama .Mahukan kebebasan dan hidup dengan cabaran.Tapi itu untuk remaja yang berani.Bukan macam aku , remaja yang gelap dengan dunianya sendiri tak berani mempamerkan diri dengan dunia luar.Berfikiran cetek dan penakut buat benda yang baru . Kadang-kala aku berfikir sejenak,kenapa aku pilih jalan ni?.Jawapannya tidak juga aku peroleh,apa yang aku dapat adalah keluhan . Kelihatan aku seperti tidak percaya pada diri sendiri.

              Kawan?Ada apa dengan kawan?
Penipu la aku kalau aku katakan seumur hidup aku tidak mempunyai kawan.Dalam kamus hidup aku tidak ada isitlah 'kawan baik' kerana tiada dalam dunia ini yang kita boleh percaya.Tiada seorang pun sanggup bertaruh nyawa atau kehidupan hanya pada kawan .Termasuk la aku. Sebab itu aku gemar keseorangan jika dibanding berkawan dengan ramai orang kerana lebih ramai kawan lebih banyak perasaan yang kita perlu jaga .

              Bila dah baca 'karangan' di atas barulah faham kenapa dunia aku penuh dengan kebosanan . Kerana aku sentiasa berfikiran cetek dan penakut dengan kehidupan luar seperti katak bawah tempurung . Katak tu adalah aku dan aku tidak bangga dengan kehidupan 'bosan' ni. Aku sudah mencecah 17 tahun dan aku mahukan kelainan. Aku tak mahu lagi dengan kehidupan ini . Aku tak berhenti berdoa agar aku dapat merasa apa itu erti kehidupan yang sebenar.